Tuesday 22 August 2017

Driving Class & Test JPJ 2017 Part 2

Hai, Assalammualaikum ~!

Dalam post sebelum ni, aku dah cerita pengalaman aku time belajar memandu.. and sekarang aku nak kongsi suka duka semasa menduduki test JPJ ha jeng jeng jeng.

Pagi test tu memang bangun awal gila la tapi nervous dia, Ya Allah sampai sekarang ingat lagi debaran tu ha gitu. So dalam 8 – 9 pagi la mendaftar, giliran aku no 101. Hambik kau, nasib baik yang manual ada dalam 80+ orang. So aku dalam giliran ke 13 la untuk yang ambil auto. Lepastu ada taklimat sikit lepastu termenung lol.

Bahagian ii (Ujian Litar)
Firstly start dengan buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan. So, memang akan buat ramai – ramai and kau akan cakap sorang sorang. Untuk mengelakkan markah banyak kena tolak, kau cakap je kuat2 sampai JPJ dengar dengan konfiden nya. Biasanya, banyak markah kena tolong sebab cakap perlahan JPJ tak dengar.

Then, bila dah settle.. Untuk yang auto akan buat ujian RAM, so tunggu la giliran lagi. Dah settle ujian tu, free gear and tarik hand break nanti orangnya akan settlekan.

Dah settle kat situ, termenung lagi tunggu kereta lol sebab kereta auto tak banyak so redha je la banyakkan berzikir & selawat time ni. Bila sudah tiba giliran anda, relax je bawak macam time belajar. Settlekan bukit, parking, 3-pointer, S & Z. Alhamdullilah lulus, so dah lega ah sikit.

Lepastu, termenung lageeyyyyyy. Adalah dalam 3 jam huhu. Dah lah sebelum rehat tu dah nombor 99 lepastu rehat. Alahaaaaiiiiiii… K takpe redho lagi.

Bahagian iii ( Ujian Jalan Raya )
Setelah 3 jam menunggu, akhirnya tiba giliranku. Aku perasan yang orang sebelum aku tu gagal. Ha memang rasa nak terkencing ah time tu. Dapat plak jpj perempuan. Jpj perempuan takde masalah sebenarnya, cuma diaorang ni teliti sikit jadi berhati – hati lah di jalan raya ya anak anak. Okay so buat lah Rutin Sebelum Memandu (RSM) semua apa yang dah belajar en. Baru je nak masuk jalan besar and tukar lane, ha kau ada lori sebelah ha menggelabah aku maklumlah trauma sebelum ni pernah accident kena langgar lori huhu. Then keluarlah arahan yang breaks your heart lol “Pergi parking tepi” Paham2 la fail dah tu. #SisRedho tapi dia takde marah pun lebihnya dia nasihat “Lain kali awak kena macamni macamtu….. “ tapi tak dinafikan mengalir gak lah air mata huhu ~

~ 2 minggu kemudian ~
Tiba la masa untuk re test. Jujur cakap seminggu aku kemurungan haha lagi seminggu tu memang berdebar nak matey ~ Dua hari sebelum test ayah siap ajar lagi hoho.

Dugaan nak hadapi test, ayah nak hantar TIBA – TIBA tayar pancit pulak. Ha memang jantung nak terkeluar time ni. Laju jalan pergi stesen lrt, nasib baik dekat. Sampai2 memang dah panjang lah beratur, berzikir je aku banyak2 time ni nak hilang gemuruh. Jika anda ambil ujian ulangan, sila la buat apa yang anda dah buat masa first time ambil test. Kalau blur2 nanti tak pasal2 kena marah dengan jpj “Awak kan dah ambil sebelum ni”

So, adalah dalam 8 orang ambil ulangan, 2 orang je auto yang lain semua manual. Tunggu punya tunggu, tiba giliran aku, dugaan kedua HUJAN! Yang peliknya tu kereta manual, dengan cuaknya aku bagitau “Tapi encik, saya auto.” Ha barulah dia perasan yang dia tersilap. Kena lah tunggu lagi huhu.

Tunggu punya tunggu hujan pun berhenti and tiba la masa yang dinanti nantikan. Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar. Bila dah settle semua memang bersyukur tak terhingga la ceritanya. 



Barulah aku sedar sebenarnya kebanyakkan  orang yang aku kenal pun ambil test 2 kali. Ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu. Apa apa pun kalau gagal, kena bangkit. Memang cakap senang, tapi kita kena kuat sebab semua orang hadapi benda yang sama. You are not alone ok ~!
Sekian sahaja untuk post kali ni. Terima kasih sudi baca.. Bye ~!

No comments:

Post a Comment