Monday 21 August 2017

Driving Class & Test JPJ 2017 Part 1

Hai, Assalammualaikum ~! Okay harini aku nak share pengalaman aku sepanjang belajar memandu.

Aku belajar bawak auto, RM1800 sebab aku guna ejen. Tapi sekolah yang aku belajar tu ada bertentang dengan LRT Asia Jaya.

Aku pakai ejen ni ^ Nak pergi direct ke skolah memandu tu terus pun boleh no problem.

Ok so short story dia macam ni. Dengar ceramah 5 jam -> Jawab Test Komputer untuk dapat lesen L -> Belajar driving 10 jam -> Test macam pre test dalam 30 min -> Test JPJ untuk dapat lesen P -> Tempoh percubaan 2 tahun (KEJARA) baru dapat lesen tetap. Memandu la secara berhemah @ takyah pegang stereng 2 tahun. Ni secara ringkas la, nak detail pi baca buku.

Okay, so firstly kena dengar taklimat dia dalam 5 jam huhu memang sejujurnya mengantuk hehe tapi kena focus la sebab nanti dia bagi hint apa masuk test nanti. 

TIPS NAK LULUS TEST KOMPUTER !!
Ok kalau aku, aku download apps “Ujian KPP” @ “KPP Test” Ha jawab la kau sampai muntah haha. Sehari sebelum test tu memang beratus ah soalan jawab. Alhamdullilah dapat 49/50.
So, kena bayaq RM30 untuk lesen belajar memandu aka Lesen L.

Yay, sekarang dah boleh drive. Lek lu jangan excited sangat. So, masa first day belajonya memula belajar apa dalam enjen, cara nak buat rutin pemeriksaan kenderaan (RPK), cara nak buat rutin sebelum memandu (RSM), cara naik bukit, parking, 3-pointer, jalan S & Z. HAAAAAAA jujur cakap menggigil aku first time pegang stereng hahahaha. Bertabahlah kalau kena marah, bukan marah benci tapi tu sebab nak ajar ya anak anak. Banyakkan bersabar and tanya je kalau ada apa apa tak faham okay ~! Belajar lah sampai pandai hewhew.

So, ni aku cerita secara general je la ya tentang pengalaman aku. Untuk post seterusnya, aku akan post tentang suka duka aku masa ambik test jpj. Kalau nak tau follow la hihi ^o^

Sekian, terima kasih.

Part 2

No comments:

Post a Comment