Monday, 26 June 2017

Salam Aidilfitri 2017 ~!

Hye Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya lagi sekali ~! Ha punyalah bosan duduk kat rumah siap sempat buat 2 post lagi. So, raya tahun ni memang 100% raya kat rumah kat KL je huhu. Tapi takpe sebab niatnya tahun depan nak beraya besar besaran sikit sebab nak menyambut orang baru hehe insyaAllah ^_~ 

So, temanya kalau ikutkan baju baru tempah warna purple sebab tema kahwin nanti warna purple tapi malam raya tu ayah cakap nak pakai baju hijau pulak nak pergi sembahyang raya. So, aku and ibu pun tukar la plan pakai baju hijau and baju aku pakai ni baju zaman form 2 kiranya tahun 2012 tau ! Ha nampak tak maintain tak besar hehe. Tapi sebenarnya zaman sekolah memang baju semua besar besar nak kasi tahan lama. Punya lah lama dah 5 tahun pun still muat lagi. Jimat pun jimat gitu.

Alhamdullilah raya pertama family belah ayah datang raya kat rumah so, meriah sikit la. Aku bukan anak tunggal ok lol ada je abang 2 tapi dua2 kerja plak masa raya and diaorang memang malas nak join ambik2 gambar semua so redha je lah gambar bertiga. Seriously, gambar berlima masa aku darjah 3 je huhu. Takpelah harapnya masa kenduri nanti dapatlah gambar family ramai ramai.


Alhamdullilah, raya ni dapatlah masak 4 juadah ni ha. Lodeh, Daging Dendeng, Serunding Daging dan Rendang Ayam. InsyaAllah, nanti akanku sharekan resipi resipinya ya ~!


LAST BUT NOT LEAST ~! Alhamdullilah rezeki dapat Sampul Raya daripada www.papaglamz.com sebab join Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz ^o^ Dapatlah Kakak Farah bagi duit raya kat adik sepupu hakak dah lah warna pink uolls ~! Rasa macam nak bagi duit raya kat diri sendiri pun ada lol. Korang pun boleh lah follow Papa Glamz sebab banyak gila segmen, resipi, travelog dan macam macam adooo ha macam astro plak. So, you guys can check it out ^_~


Sekian sahaja post raya ni, jangan lupa follow nanti akanku share banyak lagi resipi2 and story mory hehe. Thanks <3

Resipi Chocolate Chip Cookies

Hye Assalammualaikum semua and Selamat Hari Raya Ke-2 ~! Alhamdulllah harini free sikit tak gi raya and takde orang datang raya lol ada lah masa sikit nak mengupdate blog ha walaupun agak terlambat untuk share resipi biskut raya tapi takpe kot berguna untuk raya tahun depan ke kan. So, chocolate chip cookies ni ada banyak gila version. So, ini version aku belajo kat UiTM. Ada la saing saing famous amos ha gitu.  


Aku tambah walnut dengan almond nak kasi sedap lagi la ada rasa crunchy. So, ikut kreativiti memasing nak pakai white chocolate ke apa ikut suka hati. And aku ada tambah oats jugak ha berkhasiat sikit gitu.

Cara nak meletak tu pun main peranan yang penting. So aku sarankan buat kecik kecik je and then bulat2kan so dia akan ranggup. Kalau buat besar besar dia akan jadi macam chipsmore. Tapi ikut suka hati la nak beso ke kecik ke anda boleh bereksperimen sendiri okey ~! Selamat mencuba ^_~

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah. 

Sekian, terima kasih <3 

Sunday, 25 June 2017

Resepi Cornflakes Madu

Hye, Assalammualaikum & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~! Minta maaf sangat sangat tak dapat nak share resipi ni sebelum raya sebab memang busy gila dengan preparation raya. Tapi kuih Cornflakes Madu ni kuih yang paling simple gila gila budak 2 tahun pun boleh buat. Ha sesuai la jadi kuih raya last minit hehe.


Ada orang pakai madu, tapi golden syrup ni pekat sikit so dia melekat lagi la. And resipi tu basic sahaja, kalau nak tambah apa pun boleh. Tambah koko crunch ke badam ke chocolate chip ke pun lagiiii sedaaappp ~! Macam aku as penambah rasa and deco aku guna chocolate rice dengan sugar icing punya deco, so nampak meriah sikit gitu.

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah. Selamat Mencuba ~!

Sekian, terima kasih <3

Tuesday, 20 June 2017

Resepi Butter Cookies

Hye, Assalammualaikum ~! Farah kembali bersama resipi kuih raya yang kedua iaitu Butter Cookies ~! Okay resipi ni aku belajar kat UiTM ha ni pun antara yang basic la and terpulang nak tambah tolak darab bahagi apa apa yang anda mahukan.


Okay so yang ini aku guna method piping nombor '8'. Tapi kalau korang nak buat bolat ke bunga macam dahlia ke ulat beluancas ke ha ikut kreativiti memasing. Sebelum bakar aku letak macam sugar decoration bentuk love nak letak cherry ke apa pun boleh and lepas dah bakar tu aku sprinkle gula so nampak shiny blink blink gitu. So, kalau nak kurangkan gula dalam resipi pun tak ada masalah. Yang penting jangan overmix ! Tak pakai mixer pun takpe pakai seduk kayu pun boleh.

Kalau korang betul2 ikut resipi dia pergh rasa dia saing saing dengan biskut dalam tin biru tu ha. Alaa yang mahai tu haha. Ada rasa susu berlemak tu pergh mantop. Lagi lagi time panas panas la memang sedap gila cicah teh ke kopi ke memang sodap aihhhhh ~! ^o^

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah.

Sekian, terima kasih <3

Sunday, 18 June 2017

Resipi Biskut Arab

Hye, Assalammualaikum ~! Resipi pertama yang akan aku share ialah Biskut  Arab ! Ini kuih favorite nenek aku so memang tiap tahun ada la. Resipi kat bawah ni resipi ibu and ni kira paling basic la ha 3 bahan je. Tapi macam macam yang korang boleh tambah lagi nak lagi sedap rasanya ^_~ 


Secret ingredient (tapi dah tak secret la)

Aku letak kacang kat dalam dia haaa dia ada rasa macam biskut makmur la jugak. Then, dah bakar tu panas panas aku gaulkan dalam gula. Lastly aku letak cherry on top ha gitu baru macam comel jer.

Tahun lepas aku buat 3 color. Putih, merah dan hijau. Lepas dah uli tu asing kepada 3 bahagian. Untuk yang merah campur sirap la and yang hijau campur pandan. Lastly masa nak bulatkan tu cuit putih sikit, merah sikit, hijau sikit lepastu baru bulatkan jadi la macam corak marble gitu.

Jadi sekian sahaja la resipe untuk hari ni. Esok akanku update lagi okay, so stay tune ~
Apa apa soalan boleh comment di bawah atau tweet pun boleh @FarahAtiqah.

Sekian, terima kasih <3

Kuih Raya Collection 2017 ~!


Hye, Assalammualaikum semua ~! Lagi seminggu je lagi nak raya and mesti ramai sekarang ni tengah buat kuih raya or maybe kuih tunjuk jer ~ (beli). Tapi bagi aku, aku lagi prefer buat kuih sendiri. 

Firstly, the budget is way lower and you will get more. Aku buat 4 jenis kuih and each dapat dalam 100 pieces la plus minus under RM50 je ! Ha yang jual tu ada dalam RM25 untuk 25 biji. Rasa tak tau lagi sedap ke tak haaaa. Secondly, moment buat kuih raya ni la kira antara bittersweet moment dengan family. sambil gentel2 tu duk bercerita la curi curi makan la gaduh la penat la ha masa kecik2 dulu sampai nangis2 lol and this kind of thing la yang aku sangat sangat rindu and nanti nantikan each time nak raya. Lagi satu, bila buat kuih raya sendiri ni, macam mana silap sekalipun CONFIRM SEDAP ! DIJAMIN !! melainkan hangus ha tu tak dapat eden nak nolong. Tapi bascially kalau macam terkurang butter ke terlebih tepung ke apa cuma dia akan tak naik ke atau terlebih kembang sikit ke macam tu je la tapi bab rasa mesti lagi sedap dari beli. Sebab apa? Air tangan dan kasih sayang diri sendiri tu takde tolak bandingnya ha gitu and lastly sebab yang aku paling suka buat kuih raya sendiri is dapat rasa time dia keluar dari oven haa takyah tunggu keluar oven la time dalam oven tu pun bau harum semerbak perghh sebab tu aku gigih tak tidur buat memalam kalau buat time siang ha makruh puasa beb.

Tapi aku tak kata apa la kepada yang selalu beli je kuih ni sebab maybe ada peniaga yang memang jual kuih yang sedap and uolls takde masa nak buat sendiri. But for me, at least try la buat satu dua jenis kuih and then you will feel the difference.


Okay so tahun ni aku buat 4 jenis, biskut arab, butter cookies, cornflake madu and chocolate chip cookies. Don't worry ~ I will share the recipe with you guys so stay tune ~!


AND ANOTHER THING I WANT TO SHARE !

Maybe ada yang tak perasan lol tapi kini blog ku berwajah baru ~!


Sebelum


Selepas

Lebih kurang je sebenarnya I'm noob huhu. But you can share what do you think so that I can improve ~!

Wednesday, 7 June 2017

MUST LOVE GIVEAWAY BY AUROMA SCENTS



Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz


Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)

SELAMAT BERSEGMEN


#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia

sofie, giveaway, sgshopmalaysia

Senarai barang yang akan dibeli di SGShop kalau menang shopping credit RM 100. 

1. You Think UKISS Ke 7 Pack Portable Makeup Brush Set Makeup Makeup Beauty Tool Kit.

2. Women's Sweater Cardigan Jacket Female Female Korean Loose Sweater In Spring And Autumn Spring 2017 Female New Tide

3. Love Korean Rose Gold Bracelet Hand Shape Fashion Jewelry Bracelets Opal Lady Multi Purple Crystal Bracelet

4. South Korea All-Match Diamond Ring Opening Decorative Zircon Female Personality Fashion Trendsetter Small Jewelry Ring Finger

5. Plug In Electric Heating Electric Cooking Lunch Box Double Mini Lunch Box Post Small Stainless Steel Cooker

Haaa kan dengan RM100 boleh beli 5 barang ni haaaaa and majoriti warna pink ^w^

InsyaAllah kalau ada rezeki ^_^ Memang rambang la mata explore SGShop ni. Kalau korang nak cuba nasib juga apa salahnya, click je kat banner tu ha ~ Good Luck ^_~

Giveaway Raya by Mrs Pip



Hai, Assalammualaikum ~! Salam Ramadhan ^o^

Jadi hari ni aku nak kongsikan pengalaman terindah di bulan puasa haaa...

So pengalaman terindah di bulan puasa aku adalah pada tahun lepas di mana first Ramadhan sambut di perantauan ha syahdu bunyinya kan. But it is really a bittersweet memories for me. Hari pertama puasa sama dengan hari pertama kelas masa masuk UiTM tahun lepas kira memang first experience for everything la ha gitu. So kira memang first time la sahur sendiri buka sendiri tapi makin lama dah kenal ramai kawan ha di sini la saat saat manis berlaku.

Ada hari kitaorang buka terawih kat masjid, ada hari buka depan tv lol, ada hari makanan kongsi kongsi, ada hari makanan orang bagi and memandangkan kelas kitchen aku time tu petang sampai malam ha memang menguji keimanan la masak time puasa bau plak pergh memang sedap gila la pastu nanti sir tanya sape tak puasa sebab nak suruh rasa lol XD

And bila nak dekat raya tu dapat la balik seminggu awal buka dengan family. Ha memang feeling dia happy daripada biasa la sebab dah lama tak buka dengan family. Alhamdullilah rezeki tahun ni dapat puasa dengan family, TAPI kena kerja plak huwaaaaa.. haha tapi bagi aku puasa dengan family ke kawan kawan ke masing masing memberi memori and kenangan memasing. Yang penting dapat mengeratkan hubungan silaturrahim ha gitu.

Ok sampai di sini saja la post ni, nak join giveaway ni boleh klik kat gambar tu boleh la kita memeriahkan give away ni ya ~!

Sekian,

Wednesday, 24 May 2017

Have you ever heard about Rip Curl?

Hai Assalammualaikum. Kembali bersama Farah setelah sekian lama menyepi haha. 

A few updates that right now tengah cuti sem and result dah keluar ~! Alhamduulilah dean list for the second time ^o^

Next, sekarang ni aku tengah mencari pengalaman berkerja di Secret Recipe weweewewew ~ Almaklumlah cuti 4 bulan alang alang dapat cari duit poket lebih sikit haa.. Doakan sis tabah menghadapi segala cabaran semasa berkerja >w<

BACK TO THE TOPIC !

Let's be more detailed to a brand called ' Rip Curl '. 
So, let me share more about it ~!





If you love simple and sporty, you will surely fall in love with sport brand Rip Curl. But hey wait a minute, pastinya ramai yang akan tertanya-tanya mengapa Rip Curl, bukan? 

Rip Curl mungkin bukan sebuah jenama fesyen secara keseluruhannya malah ianya lebih popular dalam kalangan pencinta sukan dan bukan untuk pencinta fesyen atau fashionista yang lebih menyukai gaya fesyen yang glamor. Tetapi Rip Curl Malaysia telah berjaya mengubah persepsi itu dengan koleksi mereka yang terbaru. Mereka telah muncul dengan koleksi pakaian Rip Curl Malaysia terbaru yang mana hadir dengan pelbagai pilihan rekaan yang sangat menarik.

Jenama hebat ini berjaya menyuntik elemen yang cukup segar dalam koleksi mereka dengan variasi rekaan yang boleh dikatakan sangat fashionable! Tidak percaya? Jom lihat di bawah.





So how? Cantik kan? Ternyata mereka telah berjaya menarik perhatian lebih ramai orang untuk mendapatkan koleksi produk mereka yang sangat sesuai untuk dipakai dan digayakan walau ke mana sahaja dan bukan setakat untuk ke pantai semata-mata!

So memang sangat sesuai dengan Malaysia yang panaih ni and kalau pergi bercuti tepi pantai ha memang fashionable la pakai brand ni. And bukan pakaian je, brand ni ada topi, beg, pencil case and such. Boleh klik link koleksi pakaian Rip Curl Malaysia  and get to know more about it ~!

Till we meet again ~! Sekiaaaannnn ~~~