Saturday 21 May 2016

Menuntut Ilmu di GiatMara FINALE ~!

Assalammualaikum semuaaa ~!
Pejam celik pejam celik dah 4 bulan 1/2 aku menuntut ilmu di GiatMara Lembah Pantai.. Walaupun tak dapat nak habiskan silibus dan meraih segulung sijil.. Pengalaman di sana tu la yang sangat sangat sangat bernilai..

Banyak sangat benda yang aku belajar di sana.. Bertambah lagi kemahiran hidup aku.. Bertambah jugalah duit hantaran hihihihihi... Pahit manis di sana menjadi bekalan untuk mencorak masa depan..

Selain menjahit.. aku telah pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai peringkat usia.. Daripada yang sebaya dengan aku.. sampai yang sebaya dengan ibu aku XD Dan yang paling menyeronokkan.. aku dapat merasai pengalaman sekelas dengan gegirls sahaja.. Ok la ada sorang lelaki.. Pengalaman majoriti perempuan dengan campur lelaki perempuan ni sangat berbeza hokeyh.. Ni kalau nak cerita makin panjang post ni jadi paham paham je la hihi..

Kepada sesiapa yang tanam anggur di rumah.. Sila la menambahkan ilmu dan pengalaman di GiatMara atau kolej kemahiran yang lain.. Tak rugi apa pun.. Banyak untung maaaaaaa..

Gambar nanti ai update okeyyyy ~!

No comments:

Post a Comment