Saturday 16 November 2013

Buat baik... Apa salahnya ?

Hai, Assalammualaikum ~! ^^

Wahh.. Dah lama sudahku tidak mengupdate blog ini.. Maaflah ya, saya busy ~ XD
So, hari ni ada banyak kenduri kat rumah. Cukur jambul, Kahwin, Sunat, Doa selamat dan yang sewaktu dengannya... 



Dalam pukul 4 tadi, ibu aku pun dah balik dari kenduri2 tu semua.. Kami pun berborak lah bersama ~ Ahakss.. Dalam borak2 tu ibu aku ada jugak pesan..

“Farah, nanti dah besar buat baik dengan orang. Buat baik balas baik. Kalau jahat dengan orang, orang pun tak suka dekat kita.”

Dulu ibu aku pernah cerita...

Zaman dulu, ibu pergi kerja naik bas. Time tu tambang bas 50 sen je. Ada satu hari ni, dalam bas yang ibu naik, driver bas tu marah sorang mak cik ni. Dia tak cukup 10 sen. So, ibu malas lah nak tengok diaorang gaduh2 ibu belanja lah mak cik tu. Lagipun ada ke patut driver bas tu suruh mak cik tu turun sebab tak cukup 10 sen, dah lah mak cik tu nak pergi kerja. Time tu ibu muda lagi tak kawin lagi. Lepastu, ibu cakap adalah ‘haritu’ mak cik tu jumpa ibu. Mak cik tu pun cakap “ Terima kasih lah sebab kau tolong aku dulu, kalau tak... mesti aku dah kena buang kerja.” Masa ibu cerita ni ibu cakap benda tu jadi bertahun2 dulu, sampai sekarang mak cik tu still ingat lagi.

So yeah, di sini aku nak cakap yang benda baik yang kecil ni pun sangat bermakna kat orang yang kita tolong. Ada sampai boleh ubah kehidupan seseorang tau.. Cuba bayangkan kalau ibu tak tolong mak cik tu, lepastu dia kena turun bas, lepastu dia lambat pergi kerja, lepastu dia kena buang kerja.. Kan hidup dia dah susah..
So, tak salah pun buat baik. Dapat pahala lagi adalah! Buat baik dibalas baik. Mana tahu kita tolong orang susah, bila kita susah orang lain tolong kita pulak.

We get what we gave.

Sampai disini sajelah ya... Bye bye ~ Assalammualaikum !!^^ Thanks for reading !

No comments:

Post a Comment